Khamis, 14 Oktober 2010

BULUH BERCABANG DUA




Benda ini digunakan atas tujuan PENARIK dan PELARIS bagi Kaki-kaki PANCING dan PENANGKAP IKAN samaada di Lautan ataupun Sungai. Menurut cerita-nya, Buluh ini akan diletakkan bersama-sama di atas Boat @ Sampan ketika MEMANCING. Ia sebagai MENARIK dan PANDU ARAH ke lubuk Ikan oleh para pemahir pancing (memanggil dengan cara pemujaan semangat). Sumber saya dapati dari Salah seorang pengiat aktiviti Memancing. Kebanyakan orang-orang tua dahulu berpendapat dan mempercayai Medium ini mempunyai Daya penarik yang kuat pada Ikan. Panjang Buluh ini adalah 5 Kaki. Inilah cerita dan yang diceritakan kepada saya. Sesungguhnya, Dengan Kekuasaan Allah Subhanahu Wataala dan Izin-Nya juga jadi-nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan