Jumaat, 15 Oktober 2010

GADING GAJAH MINA



PENERANGAN

Usul Asal
Sejenis binatang di alam Ghaib. Jarang-jarang yang dapat terserempak dan jumpa. Kerana ia hidup di tepi-tepi laut yang ada banyak batu-batu di tepi. Haiwan sebesar anak kucing, hidupnya seperti sekawan Gajah. Tetapi, ia kebanyakan terdapat di tepi-tepi laut di Negara Arab, Indonesia dan ada juga makluman dari Malaysia ( Pantai di Utara & Pantai Timur).

Lokasi
Tempat menetap haiwan ni amat “Mistik”. kerana ia akan keluar bermain-main di tepi batu-batuan di tepi laut dikala pagi @ petang. Haiwan ini jika berjalan @ duduk di satu tempat, binatang-binatang lain tidak akan lepak @ duduk @ hampiri di tempat tersebut.

Mistikal
Dari sudut mistik, ia memang Haiwan berusur Alam Ghaib. Oleh sebab demikian, ia agak sukar di lihat, berjumpa dan ternampak. Selalu yang orang dapat, hanya GADING-nya sahaja. Cara yang didapati salah satu-nya adalah, Apabila Haiwan ini bermain-main di tepi celahan Batu, mereka suka mengesel-geselkan Gading pada Batu-batu berhampiran. Apabila tersangkut Gading-nya, maka Haiwan ini meronta-ronta untuk mencabut Gading yang Melekat di celah batu tersebut. Maka, Gading haiwan ini pun Patah dan melekat. Bergantung pada Nasib mereka, ada yang Hidup dan sesetengahnya mati terus disitu.

Penggunaan & Khasiat
Ianya bersifat Penggerun, Bermegah lebih kepada WIBAWA DIRI. Bukan untuk Pengasih @ Penarik bagi sesetengah pendapat umum. Lain dari itu, ia juga Sebagai Pendinding dan Penjauh dari Syihir umum. Ia juga bisa merawat & penyembuh pada Alahan Batuk Kering dan Demam Panas.

Sumber asal: http://duniamistik.blogmas.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan